Mengapa Isteri Perlu Minta Suami Ambil Hibah?

Perkahwinan adalah suatu perkara yang indah dalam salah satu bab kehidupan anda. Selepas sahaja akad nikah, anda sudah bergelar suami atau isteri dan dan bermulalah kehidupan baru bersama sebagai satu unit keluarga.

Oleh itu, adalah penting supaya anda merancang dan menguruskan hal kewangan bersama supaya keadaan kewangan anda sekeluarga menjadi kukuh dan terjamin. Banyak pasangan merancang untuk membeli harta untuk dikongsi dan digunakan bersama seperti rumah, kereta dan macam-macam lagi, namun yang sering mengabaikan aspek perlindungan pendapatan.

Dalam artikel ini, kita bincangkan kenapa para isteri perlu memujuk dan meminta suami untuk mengambil hibah. Kita andaikan disini kebanyakan yang dibincangkan disini melibatkan suri rumah sepenuh masa manakala suami merupakan punca utama pendapatan isi rumah.

1. Hilangnya penyumbang utama pendapatan isi rumah

Kebiasaanya, suami merupakan penyumbang utama dalam pendapatan isi rumah, lebih-lebih lagi apabila isteri tidak bekerja atau yang mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Oleh itu, perlulah ada perlindungan pendapatan sekiranya berlaku apa-apa musibah pada si suami.

Bila tiada lagi punca pendapatan, sudah tentu simpanan dibank menjadi sumber alternatif tapi sampai bila boleh bertahan? Itu yang ada simpanan, tetapi kalau tiada bukankah lagi membebankan pada si isteri terbabit?

2. Hutang suami jumlahnya bukan sedikit!

Apabila suami meninggal, segala hutang kemungkinan besar akan ditanggung oleh si isteri dan sudah tentu ini akan membebankan walaupun si isteri itu masih bekerja. Bagi suri rumah sepenuh masa ini lagi membebankan, sudahlah tiada lagi pendapatan isi rumah, dibebani hutang lagi. Situasi ini bagaikan jatuh ditimpa tangga.

3. Tanggungjawab si isteri bertambah selepas kematian suami.

Apabila suami menginggal atau kehilangan upaya, maka tanggungjawab menjaga keluarga dan anak-anak jatuh pada si isteri. Secara langsung, perbelanjaan akan meningkat. Bayangkan ibu tunggal terpaksa bekerja menyara keluarga dan terpaksa menghantar anak-anak ke pusat penjagaan anak-anak. Sudah tentu ini membebankan dari segi kewangan.

4. Proses pengagihan harta mengambil masa.

Andai kata si suami tidak melakukan hibah, proses agihan harta secara faraid akan dilakukan selepas meninggal. Ini biasanya akan mengambil masa yang agak lama kerana perlu mengikuti prosedur di mahkamah. Sementara itu, bagaimana pula dengan perbelanjaan harian isteri dan anak-anak? Jika suami membuat hibah, prosedur tuntutan jauh lebih cepat dan waris-waris lain tidak boleh mempertikaikan pemberian hibah ini. Ini juga dapat mengelakkan pergaduhan yang mungkin timbul.

5. Bagaimana pula dengan pendidikan anak-anak?

Anak-anak yang masih bersekolah sudah tentu memerlukan perbelanjaan untuk membeli buku, peralatan menulis, pengakutan dan lain-lain lagi.Takkan nak biarkan anak-anak berhenti bersekolah akibat kekangan kewangan yang timbul nanti?

Jika si suami melakukan hibah, pampasannya mungkin dapat disalurkan kepada dana pendidikan anak-anak. Ingatlah, dengan pendidikan yang baik sudah tentu boleh membantu mengubah nasib sekeluarga.

Penutup

Adakah suami anda masih belum atau belum terbuka hati untuk mengambil takaful? Pujuklah dengan sebab-sebab yang telah dibincangkan tadi. Ajaklah si suami itu supaya mendapatkan perlindungan yang menyeluruh dengan mengambil pakej yang sesuai.

Ada suri rumah yang sanggup mendaftarkan takaful atas nama suami dan membayar polisi takaful tersebut menggunakan duit belanja suami. Ini biasanya berlaku sebab kurangnya kesedaran mengenai pentingnya takaful bila berlakunya musibah. Jadi pujuklah si suami anda dengan baik jika belum melakukan hibah. Semoga status kewangan anda sekeluarga terus terjamin dengan adanya si suami anda melakukan hibah.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!