Mengapa Kad Medical Wajib Di Ambil Bagi Yang Mampu? (Part 1)

Kad perubatan atau kad medikal adalah kad yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta tanpa tunai dengan syarat anda melanggan pakej premiun untuk kad perubatan tersebut.

Ramai yang mampu namun tidak mengambil kad medikal sebagai perlindungan. Ini satu kerugian sebenarnya. Saya senaraikan 9 sebab utama anda wajib mengambil ked perubatan sekiranya mampu.

1. Sempatkah kita nak sediakan “dana kecemasan”?

Mungkin ada yang berpendapat, boleh saja menyimpan wang sendiri untuk perubatan dan tak perlukan kad medikal. Katalah anda boleh mendisiplinkan diri untuk menyimpan sebanyak RM300 sebulan, anda mungkin perlukan masa hampir 28 tahun untuk mengumpul sebanyak RM100,000. Perlu diingati, bukan saja kene konsisten menyimpan malah tidak boleh ditimpa penyakit kronik.

Dan bayangkanlah jika simpanan baru saja mencecah RM50,000 tetapi ditimpa musibah dan terpaksa menelan kos rawatan sebanyak RM50,000? Sudah tentu wang simpanan dibank terpaksa dikosongkan. Alangkah beruntungnya jika simpanan anda tidak diusik dan sebaliknya pihak syarikat kad medikal yang menanggung segala kos rawatan anda.

2. Kemudahan dan keselesaan

Siapa yang sedang ditimpa penyakit dan kesakitan mahu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan? Apatah lagi melibatkan nyawa. Dalam keadaan ini, kita terpaksa memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan ataupun di hospital swasta yang jauh lebih mahal kos rawatannya. Jika anda mempunyai kad medikal, sudah tentu anda tidak perlu menunggu lama dan tidak perlu menangung kos rawatan anda disamping mendapat kemudahan yang lebih selesa.

Mungkin anda seorang kakitangan kerajaan, dan merasakan tidak perlukan kad medikal kerana boleh saja masuk “free” dihospital kerajaan. Namun kita tidak boleh jangka musibah yang bakal berlaku dimasa hadapan. Mungkin anda berada diluar kawasan atau sedang “outstation”. Jika berlaku kemalangan, sudah tentu anda ingin dirawat dengan cepat. Tambah pula jika kebetulan hospital paling dekat adalah hospital swasta.

Dari sudut keselesaan, berada di hospital swasta jauh lebih selesa berbanding hospital kerajaan. Di hospital kerajaan seringkali wad menjadi sempit kerana terpaksa “menyumbat” katil pesakit menyebabkan para pesakit tidak ada “privasi” langsung. Pelawat juga kurang selesa dengan keadaan begini.

Bayangkan pula pesakit dikatil sebelah membuat bising kerana tidak selesa atau mengalami kesakitan dan pada masa yang sama semua pesakit yg ditempatkan di situ terpaksa melihat situasi berkenaan. Adakah keadaan ini bagus untuk pemulihan mereka? Lagi teruk lagi jika ada pesakit yang sedang nazak.

3. Elakkan anda dari berhutang

Bayangkan anda memerlukan rawatan segera tetapi duit tidak mencukupi dan tidak ada kad medikal. Jika menunggu di hospital kerajaan pasti akan mengambil masa yang lama untuk menunggu giliran dan dikhuatiri penyakit mungkin bertambah teruk. Maka anda mungkin terpaksa mengambil langkah untuk berhutang untuk menampung kos rawatan yang tinggi. Jika ada kad medikal, mungkin situasi ini dapat dielakkan.

4. Tak perlu usik wang simpanan dan pelaburan anda

Fungsi kad medikal ini sebagai perlindungan kepada bil hospital yang tinggi. Oleh itu, sekalipun anda mampu membayar kos rawatan yang tinggi, anda tidak perlu menghabiskan duit simpanan yang sedia ada. Maka selamatlah duit simpanan dan pelaburan hasil titik peluh bertahun-tahun anda itu.

Ramai diluar sana yang tidak memiliki kad medikal dan apabila sakit, dan tidak mampu menanggung kos rawatan, ada yang terpaksa menghabiskan simpanan bank dan akaun KWSP yang sedia ada. Malah ada yang terpaksa menggadaikan rumah!

5. Melindungi pencen anda

Walaupun kakitangan kerajaan secara umumnya tidak perlu membayar untuk dirawat di hospital kerajaan, namun setiap perbelanjaan perubatan sebenarnya ditolak dari graduiti pencen mereka nanti. Mungkin untuk kes-kes biasa yang tidak kritikal kosnya tidaklah banyak sangat. Namun untuk rawatan yang kritikal seperti pembedahan major dan kimoterapi akan menelan kos yang tinggi sehinggakan boleh menyebabkan graduiti menjadi kosong.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!