Mengapa Kad Medical Wajib Di Ambil Bagi Yang Mampu? (Part 2)

6. Pelengkap pada pakej takaful sedia ada

Kebiasaanya ramai yang keliru dengan pakej takaful yang sedia ada dengan kad medikal dang mengganggap bahawa kad medikal tidak penting kerana pakej takaful telah melindungi mereka. Ini kurang tepat sebenarnya. Cuba teliti contoh ini.

Andai kata diuji dengan keadaan yang menyebabkan bahagian kaki terpaksa dipotong (amputation) maka kad medikal boleh membayar bil untuk amputation tersebut, tetapi tidak untuk kaki palsu, kerusi roda, apa jua peralatan bantuan dan kehilangan pendapatan. Tetapi, wang pampasan dari takaful hayat boleh digunakan untuk membayar peralatan bantuan itu tadi dan menggantikan pendapatan yang hilang itu.

Kad medikal boleh digunakan untuk tuntutan semasa dimasukkan dalam hospital sahaja. Tuntutan dari takaful hayat dapat jika disahkan meninggal, kecacatan kekal ataupun berpenyakit kritikal. Mungkin anda pernah melihat lukisan ini yang pernah tular pada masa dahulu:

Kad medikal hanya membayar hutang hospital swasta dan bukannya hutang peribadi. Namun wang pampasan dari takaful hayat dapat digunakan untuk membayar hutang peribadi tersebut.

7. Bukan semua majikan menyediakan kemudahan kad medikal

Kita sangat beruntung jika majikan mengambil berat dengan keadaan kesihatan kita. Namun bukan semua syarikat menyediakan kemudahan kad medikal kepada pekerjanya. Yang ada pula mungkin akan mengambil pakej perlindungan yang rendah kerana perlu menanggung kos yang tinggi untuk membayar kad medikal untuk semua pekerja. Jadi, sekiranya had tahunan yang diberi cuma RM50,000 tetapi kos rawatan menjadi RM80,000 maka baki RM30,000 perlulah ditanggung sendiri.

Jika bertukar tempat kerja, dan melanggan kad medikal yang baru, anda perlu menunggu untuk satu tempoh tertentu sebelum kad medikal itu berkuatkuasa sepenuhnya. Ini bermakna, jika anda jatuh sakit pada tempoh menunggu itu, kad mekal itu tidak dapat membantu dan kos rawatan itu terpaksa ditanggung oleh anda.

Begitu juga pada yang berhenti kerja untuk melakukan bisnes sendiri secara sepenuh masa. Sebaiknya ambillah kad medikal dulu sebelum berhenti kerja dan tunggulah selepas tempoh matang. Barulah dikira perancangan yang bijak.

8. Beri Peluang Kepada Mereka Yang Tak Mampu

Kita perlulah beringat, kos perubatan semakin meningkat disamping keadaan hospital kerajaan yang tidak mampu menampung bilangan pesakit yang semakin meningkat saban tahun. Keadaan ini menyebabkan pihak hospital terpaksa mendahulukan kes-kes yang kritikal dan kecemasan.

Jika anda mampu mengambil kad medikal, bererti anda boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta. Selain anda tidak perlu menunggu lama seperti di hospital kerajaan, ini secara tidak langsung akan memberi ruang kepada mereka yang tidak mampu dan tidak mempunyai kad medikal untuk mendapat rawatan di hospital kerajaan. Ini pun dikira mengurangkan bebanan kakitangan hospital terutamanya doktor dan jururawat.

9. Ramai permohonan ditolak kerana sudah terlambat

Ramai yang sudah pencen cuba memohon untuk memiliki insurans nyawa dan kad medikal. Jika mereka sihat, tiada masalah tetapi juka mempunyai penyakit seperti diabetes, maka perhonaonan mereka akan ditolak. Mengapa mereka baru ingin memiliki medical kad pada usia lewat ini? Kerana ada antara mereka yang terpaksa membayar sehingga RM30,000 setahun untuk bil perubatan mereka.

Bila ditanya mengapa sekarang baru nak ambil, mereka menjawab “Selama ini, bil klinikal, pembedahan di hospital dibayar oleh syarikat yang pernah saya bekerja. Rawatan saya RM30,000 semua dibayar oleh syarikat” Tetapi apabila bersara, syarikat sudah tidak melindunginya lagi. Namun penyakit masih ada dan masih perlukan rawatan.
Dalam kes ini, kita harus beringat bahawa kad medikal hanya layak diambil oleh mereka yang sihat. Oleh itu dapatkanlah kad medikal sebelum terlambat.

Penutup

Kesihatan merupakan satu aspek penting yang mesti diambil perhatian. Jagalah kesihatan dan dapatkanlah perlindungan dari segi kewangan dengan mengambil kad medikal dengan pakej yang sesuai untuk kemampuan anda. Perancangan kewangan yang tepat hari ini boleh menjamin masa depan anda dan sekeluarga nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!