Takaful & Hibah: Jangan cabut, patutnya direbut!

Ramai yang masih belum mengambil polisi perlindungan takaful kerana kurangnya kesedaran mengenai kelebihan takaful itu sendiri. Rata-rata masih keliru dan tidak dapat membezakan antara insurans konvensional dan takaful. Ditambah lagi dengan teknik sesetengah pihak yang menjual insurans dengan cara yang menjengkelkan, lagilah menyebabkan ramai yang tidak suka dan “cabut lari” bila melihat iklan takaful. Sebenarnya, jika kita tahu mengenai kelebihan takaful, bukannya dicabut malah kita akan berasa rugi bila tidak mengambil polisi yang “premium”.

Bagi yang masih tidak faham akan beza insuran dan takaful, inilah masanya artikel ini memberikan pencerahan. Secara amnya polisi yang ditawarkan oleh syarikat takaful adalah patuh syariah kerana intrumen pelaburan disyarikat tersebut adalah patuh syariah dan berada dibawah pengawasan panel syariah. Konsep takaful juga berbeza dari konsep insurans konvensional kerana takaful berpegang kepada konsep tolong-menolong antara sesama ahli penyumbang takaful. Ini bermakna anda yang mengambil polisi takaful ini sedang membantu ekonomi umat Islam sendiri!

Anda baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan? Inilah masa paling sesuai kerana haruslah mendapatkan perlidungan secepat mungkin. Semua polisi takaful mempunyai tempoh matang. Jadi dengan mendaftar polisi takaful lebih awal akan membolehkan anda mendapatkan perlindungan dengan lebih awal. Jika anda tidak mahu terasa beban membayar setiap bulan, daftarlah dahulu pakej murah tetapi apabila kerjaya sudah stabil usah lupa naik taraf pakej anda.

Jika bakal berkahwin atau sudah berkahwin, eloklah anda menaik taraf polisi takaful kerana tanggungan anda kini adalah lebih besar. Anda kena fikirkan apa yang bakal terjadi jika berlaku musibah atau meninggal dunia. Sudah tentu semua tanggungan keluarga akan terbeban pada isteri anda. Dengan adanya hibah takaful, pampasan anda akan segera diproses kepada waris-waris terdekat anda. Dengan itu, mereka tidak terlalu beban dari segi kewangan setelah kelihilangan tempat bergantung.

Dengan hibah takaful juga, anda menyumbang pada tabung pendidikan anak-anak sekiranya berlaku musibah ketika anak-anak masih belajar disekolah mahupun di universiti. Jika anda dah berkahwin tetapi masih belum mempunyai polisi takaful, eloklah jangan berlengah lagi. Daftar segera supaya anda memulakan perlindungan secepat mungkin. Jangan hairan mengapa isteri anda yang menyuruh anda bersegera untuk mendaftar takaful dan membuat hibah.

Dengan mengambil takaful, anda juga sebenarnya melindungi hasil pelaburan anda. Bayangkan sekiranya terjadi musibah yang menyebabkan hilang upaya, pampasan yang diberikan akan mengelakkan anda mencairkan pelaburan yang sedia ada. Lebih-lebih lagi jika anda tepaksa menanggung hutang yang banyak. Oleh itu, anda boleh terus menikmati hasil pelaburan anda dengan lebih lama lagi.

Andai kata ditakdirkan tidak sempat melaksanakan ibadah haji sepanjang hayat ini, hibah takaful dapat diperuntukkan untuk badal haji. Selain itu, boleh juga disalurkan untuk wakaf dan sedekah bagi meraih pahala yang berpanjangan.

Sebagai rumusan, takaful ini penting kerana melindungi anda sebaik sahaja selepas tempoh matang polisi tersebut. Jika berlaku musibah seperti kematian, hibah takaful tersebut boleh menyelamatkan krisis kewangan waris terdekat anda. Anda bukan saja boleh melangsaikan hutang, malah boleh meraih pahala dengan hibah takaful jika dirangcang dengan teliti.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!