Vaksin untuk kewangan anda.. Beringatlah sebelum parah!

Setiap orang mahukan status kewangan yang stabil sepanjang hidupnya. Tidak mustahil kita boleh mencapai tahap yang diiginkan jika mengambil berat tentang aspek-aspek penting dalam pengurusan kewangan peribadi.

Dalam artikel ini, kita bincagkan beberapa aspek penting yang perlu dititkberatkan dan jika tersilap langkah, mudaratnya besar sekali. Mari kita lihat satu per satu.

#1 Faedah Pekerjaan Yang Komprehensif

Banyak faedah yang disediakan di alam pekerjaan yang kita sendiri tidak ketahui. Ada yang menawarkan penajaan kursus dan latihan supaya mutu kerja kita bertambah baik. Dari segi kesihatan, ada syarikat yang menyediakan insurans kesihatan. Ada juga yang menawarkan kad medikal.

Dari aspek kewangan pula, anda harus meneliti apakah yang anda akan dapat semasa bersara nanti. Jika anda bekerja tetap sebagai staf atau pegawai kerajaan, kebiasaanya anda akan diberikan skim pencen. Namun jika anda bekerja di sektor swasta, anda sewajarnya meneliti sama ada dicarum untuk KWSP dan SOCSO. Ramai majikan diluar sana masih melanggar undang-undang dengan tidak mencarum pekerja mereka dengan KWSP dan SOCSO. Ini merupakan kesalahan serius. Sebaiknya elakkan bekerja lama dengan majikan sebegini. Bayangkan anda tercedera ditempat kerja dan anda tidak mempunyai caruman SOCSO? Adakah majikan anda itu akan membiayai segala kos perubatan anda?

Disini pentingnya jika anda mempunyai perlindungan takaful. Bergantung pada jenis pakej takaful, sekiranya dimasukkan ke hospital, anda akan mendapat pampasan mengikut bilangan hari yang dimasukkan ke hospital. Namun begitu, sekali lagi ditegaskan, elakkan bekerja dengan lama dengan majikan yang tidak mencarum KWSP dan SOCSO. Anda pastinya akan menyesal kerana anda tidak akan mempunyai sesen pun setelah bersara daripada majikan anda tadi.

 

#2 Cukai pendapatan

Tidak kiralah anda berniaga sepenuh masa atau secara sambilan, belajarlah imu akaun kerana ilmu ini penting untuk anda mengira dan setrusnya membayar cukai pendapatan. Walaupun yang berjaya dan membentuk perniagaan yang berjaya walaupun bermula secara sambilan. Namun begitu, ada yang dikenakan denda oleh LHDN kerana tidak membayar cukai. Denda yang dikenakan bukan jumlah yang sedikit. Jadi elakkan daripada didenda dengan mempelajari ilmu akaun dan merekod akaun perniagaan anda. Jika perniagaan anda sudah cukup maju, ambillah seorang akauntan untuk merekod dan menguruskan akaun syarikat anda nanti.

 

#3 Pelaburan

Hasil titik peluh anda boleh “diberanakkan” lagi dengan pelaburan yang sesuai. Ada skim pelaburan yang dijamin kerajaan, misalnya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Namun jika anda berminat kepada pelaburan hartanah, emas, saham dan kripto eloklah belajar dahulu sebelum mencuba.

Ramai yang mengalami kerugian kerana tersilap langkah akibat kekurangan ilmu. Lebih buruk lagi, kekurangan ilmu mengenai pelaburan akan menyebabkan kita berisiko untuk terjebak ke dalam penipuan skim pelaburan. Oleh itu, berhati-hatilah dan daptkanlah ilmu sebelum mencuba.

 

#4 Perlindungan

Dengan segala usaha dan titik peluh kita dalam mengukuhkan status kewangan kita, usah kita lupa untuk melindungi diri kita. Dapatkan takaful kerana manfaatnya banyak sekali. Jika berlaku kematian, atau hilang upaya, pampasan yang diberikan mampu menyelamatkan kita atau waris terdekat dari krisis kewangan akibat musibah tersebut. Hibah takaful cepat diproses berbanding prosedur pengagihan harta secara faraid. Jadi eloklah membuat hibah pada waris terdekat agar bekalan kewangan mereka tidak terputus, lebih-lebih lagi jika anak-anak masih bersekolah.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!